'Jack of all trades, Master of none' is a figure of speech used in reference to a person that is competent with many skills but is not necessarily outstanding in any particular one.
Azri.Me
Blog
Affiliates
Selamat datang ke Azri.me. Sebuah laman web peribadi hanya untuk suka-suka dan merakam sedikit maklumat untuk rujukan kembali.
Sila lawati laman blog untuk artikel terkini dan juga tutorial.
Lebih sebulan laman azri.me gagal berfungsi kerana terdapat masalah teknikal, bila mana database yang dihubungkan dengan laman web dengan tidak sengaja telah ter'delete'.
Semua berlaku bila aku cuba membersihkan dengan memadam database-database lama dan secara tak sengaja 'godaddy' telah memadam database azri.me, di bawah adalah jawapan godaddy selepas aku membuat laporan.
11 June 2011
Last Updated on 11 June 2011
Written by Azri
Bayaran Untuk Perkhidmatan Online
Antara perniagaan online yang menarik dan mampu mendatangkan keuntungan adalah dengan membuat servis/perkhidmatan. Namun perniagaan ini memerlukan ilmu, kemahiran dan kesabaran yang lama untuk dikuasai jika anda tidak mempunyai latar belakang pengatucaraan atau komputer.
Servis/perkhidmatan yang dimaksudkan di sini adalah membuat laman web, logo, banner dan juga menaik taraf sesebuah laman web. Terdapat laman web seperti blogspot atau wordpress yang percuma untuk semua orang namun mampu menjana pendapatan jika pelanggan ingin menaik taraf seperti mencantikan lagi, menambah widget yang memerlukan 'coding' serta membuat header dan logo.
Begitu juga dengan perisian sumber terbuka atau open source seperti wordpress dan joomla (untuk membuat laman web, blog) walaupun percuma namun boleh menjana pendapatan, di mana caj dikenakan oleh pihak yang membangunkan perisian ini untuk khidmat sokongan dan aplikasi-aplikasi sokongan.
19 June 2011
Last Updated on 19 June 2011
Written by Azri
Perniagaan Online - Ubah Persepsi Anda
Mungkin ada yang bertanya bagaimana mahu memulakan perniagaan online dan bagaimana dapat menjana pendapatan yang lumayan darinya? Kenapa dia boleh berjaya dan kelihatan mudah manakala aku masih lagi ditakuk lama? serta pelbagai soalan lain yang berlegar di ruang kotak pemikiran.
Setiap pengalaman orang yang berjaya dalam perniagaan atau perniagaan online adalah unik. Untuk meniru setiap langkah dan strategi mereka mungkin berjaya, tetapi yang pasti ramai yang tidak. Ini kerana setiap orang terdapat sentuhan peribadi dan jiwa nya sendiri serta kefahaman dan persepsi mereka terhadap apa yang mereka lakukan adalah berbeza.
contoh mudah:
Si A menjual produk pelangsingan badan, dia berpendidikan dalam bidang kejururawatan dan pendedahan tentang perniagaan adalah semenjak dia kecil lagi kerana kedua orang tuanya memperolehi pendapatan, menyara keluarga melalui perniagaan. Kesemua pengalaman dan pengetahuan nya membantu dia berjaya dalam menjual produk kecantikan tadi.
Manakala Si B pula menjual produk yang sama, namun pendidikan nya adalah perakaunan. Bapanya seorang askar dan ibunya suri rumah. Dia tidak mampu mencapai tahap Si A yang banyak menjual produk pelangsingan badan.
Jelas di atas Si A dengan pengetahuan nya tentang tubuh badan manusia ditambah dengan pengalaman menguruskan perniagaan, membantu dia dalam situasi sebegini. Walaupun mereka mempunyai produk, pendekatan dan kaedah yang sama (kerana kedua-duanya di bawah satu kumpulan/ketua yang sama).
Kesemua di atas mampu difahami dengan jelas. Namun kebolehan seseorang dalam perniagaan adalah keusahawanan dan bergantung pada USAHA anda untuk menjual serta membangunkan diri sendiri.
Disebabkan kejayaan seseorang adalah unik, ini tidak bermakna ia mustahil untuk anda berjaya (kerana anda juga ada kelebihan dan keunikan tersendiri). Yang pasti mereka memulakan dengan langkah pertama, dan langkah pertama adalah memulakan sebuah perniagaan yang sebenar-benarnya.
Jika Ingin menjana pendapatan secara online, caranya adalah berhenti memikirkan bagaimana memperolehi duit dari internet. Tetapi mulakan perniagaan yang sebenar-benarnya.